jom clik!

Saturday, March 5, 2011

Makna bacaan dalam solat seharian kita..wajib tahu,,





Allahu Akbar
Allah Maha Besar

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan Ketika Rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.

Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.

Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

"wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ... namun tak pula aku sanggup keNerakamu... .kami lah hamba yang mengharap belas darimu ."ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"

aku bergelar ibu..saudara.hehe

assalamualaikum smue..

gembira tidak terhingga biler lahirnya baby saudaraku,,huhu..

akk2 iparku telah selamat melahirkan bayi laki2..

yg pertama dilahirkan pada 15.februari 2011

dan selang seminggu akk ipar ku yg ke 2 pula selamat melahirkan bayi lelaki juga pada 22.februari 2011..

baby yg lahir dulu ialah MUHAMMAD AL-FATIH

ia diberi nama sempena kelahiran pada maulidurrasul,,dan nama ini diberi oleh bapanya iaitu

 abg saya Abdul Muin dan ibu kepada bayi ini kak niza,,huhu.lupa lak nama penuh..

name ni sempena nama pejuang islam pada zaman Nabi Muhammad s.a.w..

yg lagi sorang nama die MUHAMMAD KHALISH HAKIM...lahir pd 22 februari 2011..

ayah nya Muhammad kamal abg saye,,ibu bayi ini Nur Diana Hanim akk ipar saye..huhu

pic baby nyer xley nak uplod lak..xtau nape.huhu..

sorry,,,nt klau bleh sy uplod la ok..c u again..


Tuesday, February 15, 2011

I LOVE TODAY!


Hari ni hari yg paling indah dalam hidup ni..

mst korg nk tau amende kan?? .... huhu

ak happy gler ah ari ni..sbb sperti yg kite smua tau hari ni hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w..

istilah arabnye adelah MAULIDUR RASUL..

 hari ni umat islam smua menyambut maulidur rasul bagi mengingati perjuangan 

Rasulullah s.a.w dalam mempertegakkan islam.. subhanallah begitu

 hebat Baginda s.a.w.. selawatlah byk2 bukti kecintaan kita terhadap 

baginda..supaya kita mendapat syafaatnye.. opss.ceramah plak.huhuhu..

tapi yg lebih menggembirakan ak ialah anak buah ak telah selamat dilahirkan

 oleh akk ipar aku pagi td..alhamdulilahh dia lahir pada hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w..

 baby lelaki..huhuhu..

semua gembira dgn kelahiran baby ni.. 

terutama sekali abah dan mak aku..ak xpnah nmpk mreka gembira sebegitu rupe..huhu.. 

masing2 pkir nama ape nak bg ek.. abah suggest muhammad nazrin..sedap kew?haha..

abg ak xske sbb dkat2 ngn nama dak nkal kat kmpung aku,,huhu

abg ak lagi sorg cdang kan muhammad maulid..haha.yeks!xsedap lgsung.huhu.tp mksud tu 

ader la smpena maulud Nabi kan...hi3..

mak ak lak cdg muhammad maulud..HAHA..lagi lawak kot.. bpak ak ckp nty pgil budak tu 

maulod..maulod...last2 pulot..hahaha,,da lain mksod da.

ak lak xder cdangan..hehe..nk surf kat tenet dlu ah,ok smbung lagi..

ok _finish!_

huhuhu...tata...^_^ 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...