jom clik!

Sunday, December 12, 2010

Marilah berhijrah!

Assalamualaikum w.b.t ,,saye nk share skit sbnyak ilmu yg sye dapat dari ceramah forum perdana  di kampung saye..shabat2 sekalian..Hijrah adalah peristiwa penting dan bersejarah bagi seluruh umat Islam. Ia bukan saja bermakna bermulanya perkiraan takwim bulan hijrah, malah merujuk kepada peristiwa penghijrahan Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah yang mengandungi rahsia, keistimewaan dan konsepnya tersendiri.

Sejarah merakamkan peristiwa Nabi Muhammad SAW diperintahkan oleh Allah berhijrah dari Makkah ke Madinah ketika ruang perjuangan Rasulullah terlalu sempit dan terhimpit. Baginda tidak memilih untuk berdoa meminta kelapangan yang sudah tentu Allah kabulkan. Sebaliknya, terpaksa menempuh laluan sukar, berbahaya dan berisiko tinggi kerana diburu musuh untuk mencapai suatu keadaan yang lebih baik. Melalui perintah hijrah, Rasulullah SAW berusaha merancang dan bertindak.

Penghijrahan seumpama Rasulullah dan sahabat tidak berlaku lagi kepada umat Islam selepas Baginda. Namun, konsep penghijrahan tetap berterusan di kalangan umat Islam.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tiada lagi hijrah sesudah pembukaan kota Makkah, tetapi hijrah yang tetap ada adalah jihad dan niat untuk berhijrah (apabila keadaan memaksa); dan apabila dipanggil untuk berjihad (atau sebagainya) hendaklah kamu bersiap sedia".

selain itu marilah smua whai sahabtku2,,berhijrah daripada  malas kepada rajin,,daripada maksiat kepada taubat..daripada membuang masa kepada menggunakan masa sebaiknya..daripada tidak meutup aurat kepada menutup aurat,,daripada mengata orang kepada berzikir,daripada benci kepada syang..
subhanallah..begitu besar kesan hijrah kepada kita smua umat nabi muhammad s.aw.

semoga kita dalam keredhaan ALLAh subhanallahuataala...wallahualam..



"ALLAH MAHA KUASA MAKHLUK LANGSUNG TIADA KUASA"





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...